Q2 2023 – CELIK IT (Alia Shahirra)
Nama Penuh : Alia Shahirra
Umur : 12 tahun
Latar belakang – Alia Syahirra atau lebih dikenali sebagai Alia merupakan salah seorang ahli PEDi Kampung Pahi. Beliau telah mendaftar sebagai ahli sejak tahun 2019. Alia merupakan pelajar tahun enam dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pahi. Alia sering mengikuti kelas-kelas latihan ICT di PEDi Kampung Pahi kerana beliau ingin menambahkan ilmu pengetahuan tentang aplikasi komputer dan juga Microsoft Office. Dengan menghadiri kelas-kelas ICT di PEDi Kampung Pahi, beliau dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam meyiapkan tugasan yang dberikan oleh guru disekolah. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi – Sebelum menyertai kelas ICT di PEDi Kampung Pahi, Alia kurang mahir menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft Office. Beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran beliau. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi – Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Kampung Pahi, Alia semakin mahir menggunakan komputer. Beliau kini mahir menaip dan boleh menyediakan slaid pembentangan. Selain itu, beliau turut mempelajari aplikasi Canva. Melalui aplikasi tersebut, beliau mempelajari cara-cara mencipta logo dan poster. Akhir sekali, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PEDi Kampung Pahi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. |
Apa yang dipelajari melalui PEDi -pengenalan kepada perkakasan komputer -asas menaip (Microsoft Word) -membuat slaid pembentangan (Microsoft Power Point) -Mencipta logo dan poster (Canva) -tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) -Kuiz -Aktiviti STEM Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT – PEDi Kampung Pahi membantu melalui penyediaan fasiliti yang lengkap dan selesa untuk memudahkan peserta yang menyertai kelas latihan yang diadakan di PEDi Kampung Pahi. – Menyediakan kelas tambahan dalam pelbagai aspek ilmu ICT seperti Canva. – Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) dan penerangan untuk meningkatkan tahap kesedaran agar peserta dapat menggunakan internet dengan berhemah dan bijak. |
Untuk lihat gambar, boleh klik Disini