mcmc
Sejarah

SEJARAH

SEJARAH KAMPUNG PAHI

Kampung Pahi sebenarnya terletak berhampiran Kuala Sungai Pahi. Kampung Pahi dibuka oleh pedagang dari Indonesia yang dipanggil PEHIN iaitu gelaran bagi orang Jawa yang berada(mempunyai harta). Beliau lah yang menjadi ketua, imam dan tempat penduduk mengadu yang hanya beberapa keluarga pada masa itu.

Kampung itu akhirnya dikenali sebagai Kampung PEHIN yang akhirnya sebutan dialek tempatan menjadi PEHI. selepas ester dibuka, penduduk terpaksa berpindah ke penempatan semarang yang merupakan dusun persendirian. Kawasan tersebut dijadikan berek estet.

Selepas diserang Jepun dan British datang semula sehingga berlakunya darurat, Kampung PEHI dipagar dan dikenali sebagai (dalam kerawat) oleh penduduk juga digelar sebagai Kg Baru Pahi oleh kerajaan Malaysia. Semua penduduk sekitar bunut saih, temalir, belanga,derdap lebir dipaksa tinggal di Kg Baru Pahi.

Antara Kampung jajahan Pahi

  1. Bunut Saih
  1. Derdap Lebir
  1. Kg Kuantan
  1. Kg Lepan Kabu
  1. Kg Belanga
  1. Kg Chaning

sumber: razali salleh, penduduk Kg Baru Pahi

SEJARAH KUALA KRAI

Sejarah Kelantan bermula di sini. banyak peninggalan sejarah terdapat di Kuala Krai. Nama Kelantan juga adalah kerana bukit yang terdapat di kawasan ini. Kuala Krai merupakan salah satu kawasan yang kaya dengan sumber aslinya iaitu emas. Oleh sebab itu banyaklah pedagang-pedagang dari Arab, Cina, Hindu dan lain-lain lagi.

Nama Kuala Krai diambil kerana kawasan ini merupakan kawasan muara sungai. Bagi penduduk di sini mereka memanggil muara sungai sebagai kuala. Perkataan “krai” pula diambil dari sejenis ikan yang banyak terdapat di situ. Kuala Krai merupakan penempatan awal dan kerajaan terawal di Kelantan.

Telah tercatit di dalam catatan pelayaran Ibnu Batuta yang beliau telah sampai ke suatu tempat yang dipanggil sebagai Khailun Qari yang kini dikenali sebagai Kuala Krai. Perkataan Khailun Qari adalah dari bahasa Morocco. Semasa Ibnu Batuta sampai ke sini beliau sudah terlihat sebuah penempatan luas dan sebuah istana yang tersergam. Istana ini dipunyai oleh pemerintah di waktu itu yang merupakan seorang wanita. Paduka Siti merupakan seorang pemerintah dan juga hulubalang dalam masa yang sama bagi kawasan Hulu Kelantan. Beliau mempunyai seangkatan parajurit yang kesemuanya juga adalah wanita.

Ibnu Batuta pada awalnya gusar untuk memasuki ke kawasan itu, namun apabila Paduka Siti sendiri pergi kepada beliau dan mengajaknya beliau. Oleh sebab kesungguhan yang ditunjukkan oleh Paduka Siti, maka Ibnu Batuta masuk ke penempatan itu sambil melihat adat dan budaya yang diamalkan oleh penduduk. Penduduk di situ yang pada awalnya merupakan penganut Hindu telah menukar agama kepada agama Islam sebelum kedatangan Ibnu Batuta lagi tetapi mereka tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna kerana ketiadaan ahli ulama’ yang dapat mengajar mereka.

Penduduk asal kawasan ini adalah mereka yang berasal dari Acheh, Palembang, Medan dan beberapa lagi kawasan di Indonesia. Mereka belayar ke Patani dan seterusnya ke Hulu Kelantan untuk membina penempatan baru. Sehingga kini tradisi yang ada di Palembang dan di Kuala Krai hampir sama. Di Palembang juga terdapat makanan tradisional Kelantan iaitu Budu.

Kini setelah hampir 100 tahun berlalu, Bandar Kuala Krai telah menjadi kawasan bandar dan penempatan yang membangun. Penduduk mula membanjiri kawasan ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Kesemua yang dikecapi oleh kawasan ini dari saat pembukaannya pada tahun 1902 menjadikan ia sebuah kawasan yang penuh dengan sejarah.

 sumber : http://masjidtgfarispetra.e-maik.my/v2/index.php/2014-07-06-08-02-41/sejarah-kuala-krai