KURSUS LATIHAN DALAM TALIAN PENGENDALI MAKANAN
Tarikh : 22 November 2020
Hari : Ahad
Jam : 10 Pagi – 1 petang
Anjuran : Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture
Penceramah : Nur Nadiah Binti Shahrom (Koordinator SLPM NZ Bunga Venture
Peserta : 3 Orang
1 |
Mohamad Zulkifli Bin Ishak |
2 |
Muhamad Syazrullah bin Azmi |
3 |
Muhamad Syazrul Alif Bin Azmi |
Tujuan :
Pada 22 November 2020, Hari Ahad, Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bungan Venture telah mengadakan kursus secara atas talian dengan komuniti. Seramai tiga (3) orang peserta dari komuniti telah menghadiri kursus tersebut. Aktiviti ini diadakan secara atas talian kerana disebabkan oleh pendamik Covid-19.
Aktiviti :
Para peserta didedahkan dengan 4 bahagian iaitu :
- Pengenalan (syarat kursus, kuasa perundangan, kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan).
- Kebersihan makanan (kesihatan diri dan pakaian, amalan baik mengendalikan makanan, 7 langkah mencuci tangan, penggunaan peralatan peralatan bersih dan sempurna, langkah pencucian peralatan, serta kebersihan dalam dan luar premis perniagaan).
- Keselamatan makanan (pemilihan bahan mentah yang baik sebelum menyediakan makanan, pengendalian makanan dengan cara yang betul dan penjelasan cara menyediakan bahan mentah dan makanan yang bersih dan selamat)
- Faktor-faktor kritikal keracunan makanan (factor-faktor keracunan makanan dan mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal factor-faktor kritikal keracunan makanan)
Diakhir segmen bengkel tersebut, para peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz yang telah disediakan oleh pihak Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture.