mcmc
Laporan Aktiviti

OKTOBER 2020 – KURSUS LATIHAN DALAM TALIAN PENGENDALI MAKANAN

KURSUS LATIHAN DALAM TALIAN PENGENDALI MAKANAN

Tarikh : 30 Oktober 2020

Hari : Jumaat

Jam : 10 Pagi – 1 petang

Anjuran : Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture

Penceramah : Nur Nadiah Binti Shahrom (Koordinator SLPM NZ Bunga Venture

Peserta : 4 Orang

1

Siti Nur Athirah Binti Ab Hamid

2

Shadam Bin Che Ha’

3

Mohd Rafe bin Aziz

4 Mohd Amin Bin Arif

 

Tujuan :

Pada 30 Oktober 2020, Hari Jumaat, Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bungan Venture telah mengadakan kursus secara atas talian dengan komuniti. Seramai empat (4) orang peserta dari komuniti telah menghadiri kursus tersebut. Aktiviti ini diadakan secara atas talian kerana disebabkan oleh pendamik Covid-19.

 

Aktiviti :

Para peserta didedahkan dengan 4 bahagian iaitu :

  1. Pengenalan (syarat kursus, kuasa perundangan, kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan).
  2. Kebersihan makanan (kesihatan diri dan pakaian, amalan baik mengendalikan makanan, 7 langkah mencuci tangan, penggunaan peralatan peralatan bersih dan sempurna, langkah pencucian peralatan, serta kebersihan dalam dan luar premis perniagaan).
  • Keselamatan makanan (pemilihan bahan mentah yang baik sebelum menyediakan makanan, pengendalian makanan dengan cara yang betul dan penjelasan cara menyediakan bahan mentah dan makanan yang bersih dan selamat)
  1. Faktor-faktor kritikal keracunan makanan (factor-faktor keracunan makanan dan mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal factor-faktor kritikal keracunan makanan)

Diakhir segmen bengkel tersebut, para peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz yang telah disediakan oleh pihak Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture.