USAHAWAN- ASAS MENAIP, KELAS MICROSOFT DAN PROGRAM PI
Nama : Hasmad Loman
Umur : 42
Ahli PI : 12 Ogos 2016
Latar belakang
Pn Hasmad merupakan seorang guru di sekolah rendah. Beliau mempunyai seorang suami dan 10 orang cahaya mata yang terdiri dari 3 perempuan dan 7 lelaki. Beliau mempunyai minat dalam bidang pembuatan kek serta baru sahaja menceburi bidang penternakan biri-biri.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Dalam kesibukan beliau dalam menguruskan rumah tangga serta k
erjaya sebagai guru, beliau sentiasa berminat dan meluangkan masa untuk menyertai program anjuran Pusat Internet Pahi antaranya Kelas dekorasi kek, kelas gubahan, kelas asas Microsoft,serta program lain.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui penglibatan yang aktiv dalam beberapa program anjuran PI beliau dapat menguasai asas Microsoft serta menaip terutama apabila perlu melakukan kertas kerja apabila memohon geran atau bantuan untuk penternakan biri-birinya atau apabila memohon bantuan perniagaan dari agensi kerajaan. Selain itu, melalui program PI beliau dapat meningkatkan kemahiran seperti pembuatan kek dan sekaligus dapat memberi pendedahan ICT kepada anak-anaknya apabila beliau sering hadir dan menyertai program PI bersama anaknya.