Istana Sangkut merupakan lokasi perkelahan keluarga yang baru dibuka dan terletak di Kg Laloh,Kuala Krai ini semakin mendapat tarikan para pelancong luar dan pengunjung tempatan. Lata Ini mempunyai resort yang berkonsep tradisional dalam mengekalkan keindahan flora & fauna ini menawarkan konsep perkelahan yang amat sesuai untuk santai keluarga.
Pelbagai kemudahan yang disediakan adalah chalet penginapan, surau, tapak perkhemahan, tapak dan kemudahan bbq, jungle trecking, flying fox dan banyak lagi. Keluarga yang ingin menikmati udara yang nyaman dan air yang bersih boleh la datang ke sini.